Khamis, 13 Oktober 2011

KEK PISANG MARBLE SUSU

Terima kasih pada kawanku Hajah Reynie kerana memberi resipi yang sedap untuk hidangan keluarga.

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila 
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

Cara Membuatnya

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati. Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc. Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking. Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai


KEK PISANG MARBLE SUSU

Isnin, 26 September 2011

MEE KUAH


BAHAN UTAMA
Daging/Tulang - direbus terlebih dahulu
Kepala/kulit udang -direbus dan dimesin, ambil airnya
Ubi Keledek- direbus dan dilenyek
Kacang Tanah - digoreng tanpa minyak, mesin kasar
Bawang Besar -mesin
Bawang Putih -mesin
Sedikit Halia  -mesin
Cili Kering     -mesin
Sos Tomato
Garam Gula
Air
BAHAN SAMPINGAN :
Sayur Sawi
Taugeh
Daun Sup/bawang
Telur Rebus
Limau Nipis
Tauhu Goreng
CARA MEMASAK
Isi ayam dipotong kecil-kecil kemudian udang dibuang kulit dan kepala . Semua kepala dan kulit udang tadi direbus bersama 2 cawan air . Kisar semua kepala dan kulit udang tadi dengan air rebusan kemudian ditapis ambil air rebusan tadi dan buang semua hampas kepala udang ni.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam hampir masak kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan 1 liter air . Masukkan semua udang , kiub daging , sos cili dan sos tomato serta kacau kuah .-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.
CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , sayur sawi , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup . bawang goreng dan cili .
- Masukkan semua ubi keledek yang dah dilenyek lumat dan kacang tanah tadi . Kacau kuah dan masukkan garam secukup rasa . Jika kuah agak pekat boleh la ditambah air lagi ikut pada citarasa sendiri .

Khamis, 22 September 2011


BURGER SEDAP


Resipi favourite satu dunia.... 

 Burger Sedap-carian Myresipi.net
  • 1 biji bun burger
  • 1 keping daging burger (ayam,lembu,ikan DLL)
  • 1 keping keju (pastikan yang halal)
  • sedikit t0mat0 & timun
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar s0s clili
  • 1 sudu besar may0nis
  • Cara-cara
  • Panaskan butter/minyak dlm kuali, mas0kkan daging burger dan g0reng sehingga masak
  • g0reng pulak telur sehingga masak, kemudian, g0reng seketika sahaja, bun burger, letakkan
  • daging burger diantara bun burger. letakkan sedikit s0s,may0nis,timun,t0mat0 dan keju. susun
  • atas demi atas. siap untuk disediakan.